DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, February 27, 2013

RAMALAN Tok NUJUM dan peluang sebenar UMNO/BN MENANG di Selangor..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Menjelang PRU-13 kali ini memang RAMAI yang nak jadik Pak NUJUM menilik PARTI sekian-sekian boleh MENANG berapa BANYAK kerusi PARLIMEN dan DUN.. Namun demikian, mereka yang meNUJUM dan MENILIK untuk PRU-13 ni tak SALAH pun.. Yang berSALAH ialah jika kita PERCAYAkan RAMALAN mereka ini seterusnya cuba meREALISASIkan pulak RAMALAN yang sememangnya KARUT.. Antara RAMALAN yang menarik untuk kita TELITI ialah RAMALAN daripada CEO Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) seperti berikut.. 

"Di Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi kemenangan 100 peratus kerusi PBB yang dipimpinnya kepada BN dan seterusnya menjamin kemenangan majoriti di Sarawak. Bagaimanapun PRS dan SPDP mungkin kehilangan beberapa kerusi Dayak kepada PKR. 

SUPP akan berdepan cabaran getir daripada DAP dan mungkin kehilangan semua kerusi majoriti Cina kepada DAP tetapi memenangi semula Sibu dengan calon baharu yang lebih kuat serta mengekalkan kerusi majoriti Dayak yang disandang Timbalan Presidennya Datuk Richard Riot, sekali gus memenangi dua daripada enam kerusi Parlimen.

Di Sabah, Umno Sabah mampu melakar pencapaian yang baik dan memimpin BN untuk menguasai semula pentadbiran kerajaan negeri. DAP akan menang beberapa lagi kerusi majoriti Cina.

Di Semenanjung Malaysia, kerusi MCA yang akan menjadi rebutan hebat ialah Gelang Patah, Kulai dan Tajung Piai di Johor dan Lumut di Perak. Kawasan-kawasan ini boleh ditembusi. Sebaliknya, MCA mempunyai peluang cerah memenangi kembali Padang Serai, Gopeng dan Selayang jika sokongan kuat Melayu dan India kembali ke BN.

Di pertandingan peringkat negeri, Pakatan seharusnya kekal menguasai Kelantan dan Pulau Pinang tetapi menghadapi cabaran kuat daripada BN. Di Pulau Pinang, jika undi Melayu kukuh, Umno mungkin memenangi 17 kerusi Melayu dan jika MCA dan Gerakan boleh memenangi empat kerusi saja lagi, BN akan menang tipis dan menguasai semula Pulau Pinang.

Persaingan di Selangor paling sengit dan 50:50 bagi salah satu pihak untuk menang. BN seharusnya memenangi Kedah dan Perak dengan sokongan Melayu berbalik kepada Umno. Ini dapat membantu Umno menguasai kembali kerusi negeri daripada tangan PKR dan PAS di Perak walaupun DAP berkemungkinan terus mengekalkan semua kerusi majoriti Cina di negeri itu." ->KLIK<-

Dalam KONTEKS yang diNYATAkan, kita meRASAkan RAMALAN CEO ASLI itu BANYAK yang mungkin terSASAR kerana PERSPEKTIFnya jelas TIDAK melihat kepada GELOMBANG khususnya dari KAUM Melayu/ISLAM di peringkat kampung dan pedalaman yang semakin KUAT untuk MENOLAK PAKATAN PAS, PKR dan DAP La'anatullah.. CEO ASLI ini hanya melihat dari SUDUT UNDI mereka yang seKAUM dengannya SAMA seperti pengANALISIS dari MERDEKA CENTER dan UM..

Apa pun, kita berSETUJU jika diKATAkan PELUANG UMNO/BN di Selangor ialah 50:50.. Sebab itulah DS Najib sendiri meRASAkan dia perlu jadik KOMANDER terTINGGI di Selangor untuk meRAMPAS kembali NEGERI tersebut daripada PR.. Jika kita FOKUS kepada apa yang berlaku di Selangor, NEGERI ini meRUPAkan 'BATTLE Field' paling RUMIT pada PRU-13 nanti.. Malah, UMNO/BN mungkin TIDAK sukar untuk menawan Kelantan dan Kedah pada PRU-13 berBANDING Selangor.. Ini kerana, UMNO/BN berTEMBUNG satu LAWAN tiga di NEGERI ini iaitu dengan PKR, PAS dan DAP La'anatullah.. Itu belum CAMPUR lagi dengan NGO..


UMNO/BN sendiri TIDAK ada kePIMPINan yang KUKUH di Selangor.. Selepas DS Khir TOYO diJATUHkan, TIDAK ada seorang JENERAL yang mampu berCAKAP untuk ahli-ahli UMNO di Selangor.. MCA pulak saling berGADUH seSAMA sendiri seperti CONTOHnya di PALIMEN Pandan.. SENARIO yang cukup meMALUkan menjelang PRU-13.. Manakala MIC pulak mungkin ada SINAR harapan jika lebih RAMAI PEMIMPIN seperti CIKGU Kamalanathan di Hulu Selangor diTONJOLkan.. Apa pun, UMNO yang mengetuai SERANGAN sepatutnya lebih terkeHADAPAN kerana HARAPAN jentera BN berGANTUNG sePENUHnya kepada jentera UMNO..

POLEMIK UMNO Selangor sebenarnya lebih TERUK berBANDING di Kedah dan Kelantan.. Ini SEMUA kerana UMNO Selangor telalu RAMAI 'WARLORD' yang PERASAN mereka tuh satu 'LEVEL' dengan DS Najib.. 'WARLORD' ini cuma TAHU menjaga KAWASAN masing-masing dan langsung TIDAK mampu berCAKAP pasal NEGERI Selangor secara keSELURUHan.. RAMAInya 'WARLORD' ini kerana diCIPTA oleh perSAINGan di peringkat UMNO Pusat bagi peREBUTan JAWATAN dalam PARTI.. TAMBAH pulak semasa pemilihan UMNO 2009 tuh ada pulak yang main POLITIK WANG.. Inilah yang menyebabkan RAKYAT Selangor pun naik MELUAT..

UMNO Selangor masih ada PELUANG untuk menebus kembali MARUAH mereka.. Namun, CALONnya mestilah orang yang 'FRESH' tanpa sebarang MASALAH.. Para 'WARLORD' pulak mestilah mengHAPUSkan EGO mereka demi keMENANGan yang akan mengembalikan Selangor kepada UMNO/BN.. Sinar HARAPAN masih WUJUD di Selangor jika pandai menJALINkan HUBUNGAN dengan NGO-NGO Melayu/ISLAM seperti PERKASA, GAPS, TIBAI dan JATI.. Namun, itu SEMUAnya berGANTUNG kepada bagaimana perMUAFAKATan hendak diBENTUK antara UMNO dengan NGO-NGO ini bagi menDEDAHkan keLEMAHan MUSUH dan menarik HATI RAKYAT Selangor..

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

wahahahha..bahahahaha..mimpi la,..keep on dreaming umPORno

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS