DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI

Thursday, February 21, 2013

TANDA keJATUHannya makin jelas tapi orang TUA nih masih tak NAMPAK?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita nih MANUSIA.. Sudah menjadi FITRAH bahawa MANUSIA nih seHEBAT mana pun akhirnya akan mengalami ZAMAN keJATUHan selari dengan perEDARan MASA.. Tak KIRAlah apa TARAF pun MANUSIA itu samada FIRAUN ke RAJA ke SULTAN ke PM ke ULAMA ke SEMUAnya akan JATUH bila tiba MASAnya.. Namun, TIDAK RAMAI para PEMIMPIN yang berJIWA BESAR dan sudi BERHENTI apabila mereka meRASAkan MASA mereka sudah tiba.. Amat jarang adanya PEMIMPIN seperti TUN Dr. Mahathir yang sudi meLEPASkan JAWATAN ketika masih berKUASA.. Terbaru, POPE Benedict jugak diFAHAMkan akan 'RESIGN'..


Dalam KONTEKS NEGARA kita, sepatutnya PEMIMPIN yang sudah 'REPUT' dari ZAMAN TUNKU Abdul Rahman dan ALLAHYARHAM Tun Abdul RAZAK nih dah tak WUJUD dalam arena POLITIK NEGARA pada hari ini.. Namun, kita menyaksikan masih WUJUD lagi PEMIMPIN khususnya dari DAP La'anatullah seperti Karpal SINGH dan Lim Kit SIANG yang masih ingin dilihat RELEVAN walaupun mereka sebenarnya sudah 'EXPIRED'.. Inilah dia CONTOH keDIKTATORan yang WUJUD dalam DAP La'anatullah ala-ala KOMUNIS ZAMAN General MAO atau DINASTI Kim di Korea Utara.. Mereka tak SEDAR gamaknya UMNO/BN pun tak de macam tu? 

Yang kita paling PELIK ialah Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang masih lagi nak berKUASA walaupun semua MAKLUM kerjanya cuma MAKAN GAJI BUTA? Kalau diTANYA apakah sumbangan Pok Nik kepada NEGERInya berBANDING keROSAKkan, rasanya budak SEKOLAH pun TAHU.. Walau seALIM mana pun Pok Nik, walau seHEBAT mana pun Pok Nik 'BerLAKON ZUHUD' itu antara dia dengan Allah SWT.. Bukan antara dia dengan RAKYAT yang mengAMANAHkan KUASA padanya.. Dah 20 TAHUN dia pegang KUASA yang diAMANAHkan RAKYAT.. Jadik, HAK RAKYATlah jika mereka mahu menarik balik AMANAH itu?

Penolakkan RAKYAT Kelantan terhadap Pok Nik sebenarnya semakin JELAS.. GELOMBANG keMARAHan tersebut semakin KUAT terUTAMAnya apabila Pok Nik tak pasal-pasal bagi TANAH 10 ribu EKAR secara PAJAKkan 2,3 KETURUNAN kepada PEMIMPIN DAP La'anatullah.. RAKYAT Kelantan manalah KENAL dengan DAP La'anatullah seperti RAKYAT Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.. Itu sebenarya BUKTI yang cukup jelas sebagai pengHINAan terhadap mereka.. Itu belum lagi diTAMBAH dengan PENGECUTnya Lebai-Lebai DUNGU PAS terhadap ISU seperti pengGUNAan KALIMAH Allah SWT oleh Kristian.. 


Kalau dulu Pok Nik boleh TIDUR LENA berPULUH-PULUH TAHUN kerana UMNO terlalu BANYAK 'WARLORD'.. Hanya semasa PRU-11 aje Pok Nik nyaris KO dan kerap masuk ICU HUSM pasal nyaris KALAH.. Namun, sepatutnya Pok Nik menCONTOHi TUN Dr. Mahathir dan PM terDAHULU dari UMNO yang RELA meLEPASkan KUASA.. Kalau PRU-13 ini cuma Pok Nik seorang aje yang MENANG tatkala Lebai-Lebai DUNGU PAS yang lain KALAH, maunye dia masuk ICU balik.. TANDA-TANDA yang Lebai-Lebai DUNGU PAS tak akan MENANG seperti selalu di Kelantan kali ini terlalu KUAT.. Tambahan pulak Pok Nik adalah PUNCA UTAMA!


Kalau dulu di Kelantan TOK-TOK Guru PONDOK adalah 'RESERVE' UTAMA Lebai-Lebai DUNGU PAS.. Kali ini TIDAK lagi.. KeGAGALan PAS memperTAHANkan ISU KALIMAH Allah SWT sangat-sangat menyakitkan HATI TOK-TOK Guru PONDOK ini.. Mereka sendiri TIDAK segan mengatakan "ACU pakoh DACING sePENGGAL!".. Malah, RAKYAT Kelantan di luar NEGERI jugak dilihat 'HANGIN' dengan Pok Nik dalam ISU pemBERIan TANAH 10 ribu EKAR secara PAJAKkan kepada PEMIMPIN DAP La'anatullah tuh.. Semakin hari semakin BANYAK petanda Pok Nik semakin di'REJECT' oleh RAKYAT Kelantan sendiri.. TIDUR ke?

Hari ini pulak beberapa BLOG menDEDAHkan SAMBUTAN 'HAMBAR' terhadap kePULANGan Pok Nik yang balik dari buat UMRAH di perkarangan Stadium SULTAN Muhammad ke-4.. Pok Nik bukan lagi IKON 'SUCI' kepada RAKYAT..


Pok Nik mungkin masih MENANG di DUN Chempaka tetapi TAKUT Pok Nik MENANG seorang diri aje la! PETANDA yang diperlihatkan tuh sepatutnya memBUATkan Pok Nik berMUHASABAH dan mengenang DOSA-DOSAnya.. Namun, dan memang SPESIS 'GEDEBE' KG. Kedai Lalat, Pok Nik nih mananya TAHU MALU! Dengan Allah SWT pun dia tak MALU, apa lagi dengan RAKYAT!


Apakah beberapa DETIK sebelum pemBUBARan PARLIMEN dan DUN ini tiba-tiba pulak RAKYAT Kelantan akan menyaksikan Pok Nik TIDAK lagi TIDUR, kembali CERGAS dan rajin beKERJA? TIDAK.. Tentu sekali TIDAK.. Faktor UMUR dan keSIHATan Pok Nik akan mengHALANG keMUNGKINan ini.. Sepatutnya Pok Nik dah TUNJUK dah siapa pengGANTInya.. Sedangkan Rasulullah SAW pun bila SAKIT meminta Sayyidina ABU Bakar RA mengGANTIkan baginda sebagai IMAM SOLAT.. Jelas sekali Pok Nik menSIA-SIAkan peluang semasa dia masih SIHAT.. Pok Nik dan seluruh keluarganya akan diperSALAHkan jika PAS KALAH pada PRU-13 nanti..

Wallahualam.. 

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS