DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI

Thursday, June 06, 2013

NILAI sebenar 88 kerusi PARLIMEN yang diMENANGi oleh UMNO - BerTINDAKlah sebagai peMENANG bukan 'LOSER'!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apakah NILAI 88 kerusi PARLIMEN yang diMILIKki oleh UMNO sahaja pada PRU-13 lalu? BANYAK? Rasanya UMNO berTANDING 112 kerusi PARLIMEN.. UMNO GAGAL di 24 kerusi PARLIMEN.. 'MATI'nya UMNO di Selangor dan Pulau Pinang meRUPAkan PUNCA UMNO GAGAL meMENANGi lebih BANYAK kerusi PARLIMEN.. Walaupun sebelum PRU-13 RAMAI yang OPTIMIS UMNO mampu menawan semula Selangor, HAKIKATnya itu ialah 'MIMPI BASAH' bagi para 'KONTRAKTOR' yang KUAT menAigau dalam UMNO.. Hari ini RAMAI yang saling menyalahkan seSAMA sendiri kerana sekadar mampu 'MIMPI BASAH' nak menawan Selangor..

112 kerusi PARLIMEN yang diTANDINGi oleh UMNO ialah MAJORITI MUDAH untuk memBENTUK Kerajaan PERSEKUTUAN.. Jika diTAKDIRkan BN berPECAH sekalipun, UMNO sendirian masih mampu memBENTUK kerajaan walaupun mungkin akan GOYAH di mana-mana..Kita PERCAYA RAMAI kePIMPINan UMNO yakin dapat meRAMPAS BANYAK kerusi PARLIMEN di Selangor berBANDING Kelantan dan Kedah.. Namun demikian, Selangor yang meRUPAkan NEGERI yang diBINA 100% oleh UMNO/BN hanya menyumbangkan 5 kerusi PARLIMEN.. KeSEMUAnya diMENANGi oleh UMNO.. Itu pun SEMUAnya di utara Selangor..

MeMALUkan bukan? Namun itulah yang terjadik.. IRONInya, Kelantan yang sering diKATAkan NEGERI kubu PAS pulak menCATATkan peningkatan terBALIK untuk UMNO apabila UMNO meMENANGi 12 kerusi DUN (UMNO MENANG 12 DUN jugak di Selangor?) dan 5 kerusi PARLIMEN (Jugak SAMA BANYAK dengan kerusi PARLIMEN yang diMENANGi UMNO di Selangor?)? BEZAnya, Kelantan ada kerusi DUN seBANYAK 45, kerusi PARLIMEN seBANYAK 14.. Selangor pulak ada kerusi DUN seBANYAK 56 dan kerusi PARLIMEN seBANYAK 22.. Jadik? BANGGA ke UMNO yang KALAH begitu di Kelantan dan KALAH begitu jugak di Selangor?

Semasa PRU-12 lalu, UMNO cuma MENANG 79 kerusi PARLIMEN dan hilang KUASA di 6 NEGERI (TerMASUK KL).. Kalau PRESTASI UMNO di Kedah dan Kelantan 2X5 seperti Selangor, kita PERCAYA UMNO mungkin hanya MENANG sekitar 60 ke 70 kerusi PARLIMEN sahaja.. Sekali lagi kita TEGASkan di sini, berSYUKURlah bahawa Allah SWT masih menyayangi UMNO untuk umat ISLAM!


Oleh itu, jangan diperSIA-SIAkan PETUNJUK yang Allah SWT BERIkan menerusi 88 kerusi PARLIMEN itu.. Janganlah WUJUDkan SENGKETA BARU di dalam UMNO hingga akhirnya UMAT Melayu/ISLAM di NEGARA ini hilang segala-gala!

Baiklah, jika anda mahu mengHUKUM DS Najib kerana keMEROSOTan kerusi PARLIMEN kali ini, siapakah yang anda MAHU NAIKkan? Kita KATAkan sebegini kerana kita terINGAT keputusan PRU-10 yang meRUPAkan CABARan terHEBAT TUN Dr. Mahathir sebagai PM pada MASA itu.. UMNO/BN masih mampu MENANG 2/3 kerusi PARLIMEN dan LENYAPnya 2 TOKOH DAP La'anatullah dari sidang PARLIMEN untuk tempoh 4 TAHUN? Namun demikian, WUJUD jugak SUARA-SUARA dalam UMNO sendiri yang mengutuk TUN walaupun TIDAK secara 'FACE to FACE'.. PenTADBIRan NEGERA tetap diteruskan sehinggalah TUN berSARA..


Kita tak TAHU berapa RAMAI yang OTAKnya semakin LEMAU tetapi anda patut INGAT bahawa pada masa itu tetap jugak TIMBUL TUNTUTan oleh Dong JIAO Zhong pasal 'SOAL VERNAKULAR'? Namun demikian, ianya BERJAYA diIMBANGi oleh GPMS dan NGO-NGO Melayu yang TIDAK seBANYAK seperti HARI ini.. Pada MASA itu jugaklah TIMBULnya INISIATIF Sekolah WAWASAN yang kemudiannya LENYAP terus selepas TUN berSARA.. Pada MASA itulah TUN diGELAR 'FIRAUN' dan diFITNAH bukan MAIN HEBAT lagi oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM'.. diKATAkan SOKONGan UMAT Melayu/ISLAM terhadap TUN jugak MEROSOT kerana FITNAH tanpa HENTI oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS..

DS Najib boleh diGANTIkan.. TIDAK ada masalah pun.. SEMUAnya terserah kepada pemilihan UMNO pada hujung TAHUN ini.. Namun demikian, belum tentu perALIHan KUASA itu menJAMIN UMNO dapat menawan semula Selangor dan Kelantan? Malah, jika UNDI KAUM Melayu/ISLAM terus berPECAH, UMNO akan tinggal SONGKOK aje.. Siapa yang dapat BERIkan JAMINan bahawa UMNO akan DOMINAN seperti mana pada HARI ini? Dalam UMNO sendiri RAMAI yang berOTAK LIBERAL meMUSNAHkan PARTI dari dalam? Kalau DS Najib diKATAkan sedemikian, apakah JAMINan pengGANTInya TIDAK lebih TERUK daripada dia?

KeKALAHan UMNO di Selangor sebenarnya bukan keKALAHan DS Najib seorang aje.. JENERAL mana pun pasti akan KALAH jika PENASIHATnya dan 'ASKAR'nya begitu BODOH semasa di 'BATTLE Field'.. SILAPnya JENERAL seperti DS Najib ini kerana TIDAK mengGANTIkan para PENASIHAT dan 'ASKAR'nya menerusi pemilihan UMNO sebelum PRU-13.. Oleh itu, jika anda meRASAkan DS Najib patut diHUKUM menerusi pemilihan UMNO kali ini, SILAkanlah.. Carilah mana-mana PAK KADOK untuk mengGANTIkannya sambil berKHAYAL KONONnya PAK KADOK PUJAan HATI boleh NAIK ke LANGIT menerima WAHYU seperti Pok Nik!

RAMAI yang seronok mengKRITIK dan mengutuk daripada meRANCANG apa yang patut untuk memulihkan keadaan.. Cukup mengHAIRANkan kenapa Lebai-Lebai DUNGU PAS begitu KOMITED untuk meMENANGkan PARTI mereka walaupun RELA diperBODOHkan oleh SEKUTU mereka sendiri dalam PR? Kenapa pulak ahli-ahli UMNO GAGAL memBERIkan tahap KOMITMEN yang setara untuk PARTI mereka sendiri? TIDAK ada GUNAnya UMNO menDABIK DADA KONONnya ahli-ahli mereka RAMAI berkeLULUSan OX-BRDIGE sedangkan KERJA mereka untuk PARTI macam BAHLOL.. Nak kejar PANGKAT tapi tak KOMITED, buat apa?


UMNO sendiri patut berHENTI meLAHIRkan RAMAI SPESIS berOTAK LIBERAL.. Terlalu RAMAI PROFESIONAL Melayu/ISLAM yang memPUNYAi JATI DIRI tetapi diketepikan oleh UMNO.. Kita TIDAK TAHU samada DS Najib dan ahli-ahli UMNO sedar HAKIKAT ini.. Namun, kita yakin selagi mana mereka yang ada JATI DIRI dan semangat PATRIOTISMA ini TIDAK diBERIkan tempat dalam UMNO, selagi itulah UMNO tak ke mana.. KeGAGALan UMNO di Selangor adalah kerana terlalu mementingkan SPESIS berOTAK LIBERAL.. Apakah DS Najib dan ahli-ahli UMNO nak BIARkan SPESIS ini meROSAKkan UMNO tatkala mereka dok berCAKARan seSAMA sendiri hingga UMAT Melayu/ISLAM jadik MELUAT?

Wallahualam..        

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS