DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, June 14, 2013

Yang mana PILIHan anda? TOKOH KORPORAT era TUN Dr. Mahathir VS TOKOH 'KEPARAT' era DS Najib?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TOKOH-TOKOH KORPORAT selalunya menjadi mangsa keDENGKIan dan FITNAH.. Namun demikian, bukan SEMUA orang RELA menjadi 'KUFUR NIKMAT' untuk memFITNAH TOKOH-TOKOH KORPORAT yang telah terBUKTI berBAKTI kepada NEGARA.. Sesetengah TOKOH-TOKOH KORPORAT ini sebenarnya lebih berJASA kepada NEGARA dan RAKYAT berBANDING ahli-ahli POLITIK di NEGARA ini.. CONTOHnya, seperti TOKOH-TOKOH KORPORAT berikut.. HARI ini bukan SEMUA yang diLABELkan sebagai TOKOH-TOKOH KORPORAT yang berOTAK LIBERAL tuh sudi berBAKTI kepada RAKYAT dan NEGARA seperti mereka ini! 


1) TS SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
  • ASALnya seorang peNIAGA LEMBU dan pemBORONG BERAS sahaja..
  • Menjadikan perNIAGAan sebagai SATU bentuk JIHAD EKONOMI..
  • MenDIRIkan YAYASAN AL-Bukhary untuk penDIDIKan UMAT ISLAM..
  • MenDIRIkan MUZIUM keSENIan ISLAM, MASJID dan UNIVERSITI..
  • Dipilih sebagai TOKOH Maal HIJRAH kerana sumbangannya terhadap ISLAM..
  • DiFITNAH oleh RAMAI TOKOH POLITIK dalam UMNO/BN MAHU pun dalam PR..
2) TS HASSAN MERICAN
  • CEO PETRONAS yang BANYAK berJASA kepada INDUSTRI petroKIMIA NEGARA..
  • MeLETAKkan PETRONAS sebagai antara SYARIKAT '7 SISTERs' yang menerajui DUNIA dalam INDUSTRI petroKIMIA..
  • NAIB Cansellor UNIVERSITI PETRONAS dan pemegang AMANAH Yayasan MERDEKA..
  • PETRONAS meneroka pengeluaran MINYAK di luar NEGARA di bawah PENGURUSan beliau..
  • Seorang yang 'LOW Profile' dan sanggup mengGUNAkan penerbangan kelas EKONOMI untuk  berSAMA keluarganya..
  • Kini beliau telah 'DiMILIKki' oleh Singapura untuk menerajui GLC sektor TENAGA di NEGARA tersebut..
  • Juga TIDAK lari daripada diFITNAH oleh RAMAI TOKOH POLITIK berOTAK LIBERAL dalam UMNO/BN MAHU pun di dalam PR..
3) ALLAHYARHAM TS YAHAYA AHMAD
  • Pernah berGELAR 'CZAR' dalam DUNIA AUTOMOTIF NEGARA.. 
  • Menerajui DRB-Hicom hingga menjadi sebuah GLC yang menguasai HAMPIR segenap aspek pengangkutan DARAT dari kereta, BAS hinggalah TRAK..
  • Semasa DRB-Hicom menguasai PROTON, beliaulah yang mengUSAHAkan pemBELIan SYARIKAT LOTUS di Britain..
  • Beliau dan ISTERInya meninggal DUNIA dalam kemalangan HELIKOPTER di Kuala Lipis, Pahang..

HARIMAU MATI meninggalkan BELANG, manusia MATI meninggalkan NAMA.. Itulah PEPATAH Melayu yang sering diSEBUT apabila kita hendak menyebut tentang JASA seseorang.. Dalam DUNIA KORPORAT, kita bukannya TIDAK ada TOKOH yang diSEGANi tetapi seringkali TOKOH-TOKOH KORPORAT seperti ini diFITNAH dan diKAITkan dengan POLITIK.. Malah, ada sumbangan mereka kepada NEGARA yang cuba diPADAMkan daripada pengetahuan UMUM! Namun demikian, mereka TIDAK pernah putus asa untuk beBAKTI kepada NEGARA.. 

HARI ini NEGARA kita sudah TIDAK ada lagi TOKOH-TOKOH KORPORAT yang rela menyumbangkan BAKTI kepada NEGARA.. Yang ada hanyalah TOKOH-TOKOH 'KEPARAT' berOTAK LIBERAL yang hanya TAHU meROSAKkan NEGARA.. Kalau TOKOH-TOKOH sebelum ini berBAKTI kembali kepada NEGARA menerusi SYARIKAT yang mereka terajui.. HARI ini TOKOH-TOKOH 'KEPARAT' pulak bukan sahaja berSIFAT 'KIKIR' untuk berBAKTI kepada NEGARA, ada jugak yang dah KAYA tetapi masih lagi nak meROMPAK HARTA NEGARA? Apa punya BANGSAT.. Ada sesiapa TAHU apakah sumbangan BALIK mereka ini kepada NEGARA dan RAKYATnya?


  • MEGAH menunjukkan kepada RAKYAT betapa LIBERALnya kepada OTAK masing-masing?
  • MEGAH menunjukkan kepada RAKYAT keJAYAan 'PALSU' mereka berJAWATAN TINGGI di dalam GLC-GLC kerana PENGARUH POLITIK dan faktor keluarga?
  • MEGAH berJAWATAN TINGGI dalam GLC-GLC yang diTUBUHkan HASIL daripada WANG RAKYAT tetapi TIDAK berBAKTI kepada RAKYAT?
  • MEGAH menayangkan SIJIL-SIJIL dari LUAR NEGARA untuk menunjukkan KONONnya mereka LAYAK sedangkan kalau disuruh JUAL goreng PISANG pun tak RETI?

Kita JELAK nak menulis tentang apakah sumbangan mereka ini kepada NEGARA seperti TOKOH-TOKOH yang kita NYATAkan sebelum ini.. RASAnya tak ada pun antara mereka ini yang BINAkan MASJID macam TS Syed MOKHTAR? Atau pun sekurang-kurangnya memBINA INFRASTRUKTUR untuk keGUNAan RAKYAT bagi pihak GLC yang masing-masing terajui? Yang kita TAHU, RAKYAT pulak semakin diTEKAN jika cuba menDAPATkan perKHIDMATan daripada GLC-GLC yang mereka ini terajui.. LUMRAHlah pasal OTAK LIBERAL ini hanya FIKIRkan bagaimana nak meROMPAK dan mengaut 'FULUS' seBANYAK mungkin sahaja!

Untuk itu, mungkin ada sesiapa boleh menyatakan apakah sumbangan yang anda pernah TERIMA daripada TOKOH-TOKOH berOTAK LIBERAL tersebut? Mana TAHU kalau ada ANAK-ANAK anda diTAJA pengajian oleh mereka? Atau ada ahli keluarga anda yang SAKIT mendapat RAWATAN yang mereka BAYARkan? Apa yang kita NAMPAK, mereka ini berLUMBA-LUMBA untuk menunjukkan siapa lebih HEBAT dalam bab menunjukkan OTAK LIBERAL masing-masing? Mungkin itu SATU bentuk keKAGUMan yang cuba diCETUSkan oleh Kerajaan UMNO/BN yang diterajui DS Najib? Atau RAKYAT nih terlalu MUDAH untuk diperBODOHkan kot?

Wallahualam..

3 comments:

kluangman said...

Mereka kagum dng diri sendiri - rasa hebat sangat - sedangkan apa yg mereka terajui sekadar layang2 di udara.

Contoh seperti mereka sangat ramai sekarang ini - benih yg paklah dan najib semai kini ada yg sudah bertunas, ada yg sudah beranting bercabang, bertunjang. Mereka inilah kelak yg memakan daging bangsa mereka sendiri.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebab itulah kita kena TAHU memBEZAkan antara TOKOH KORPORAT yang TULEN dengan TOKOH KORPORAT yang 'PALSU' dan menumpang apa yang telah diJAYAkan oleh orang lain!

Wallahualam..

Anonymous said...

salam.

alfatihah untuk arwah tan sri yahya..terima kasih tan sri...orang zaman paklah yang buat onar kacau dalam proton dulu sampai terkeluarnya tan sri mahaleel...orang yang arwah tan sri yahya telefon untuk pembelian lotus...d khabarkan arwah hanya abik masa 10 minit untuk berbincang dan menelefon tengku mahaleel untuk membeli proton...

n orang paklah tendang orang ni keluar...jasa tak besar mana tapi asik duk d tampuk yang d sediakan tun selama ini laluannya...

adik najib ni semasa dapat pergi mana2 adakah d sebabkan dia melayu atau memang dia lagi cerdik dari cina2 dan india2 yang ada kat malaysia ni...tapi jasa ayah dia buat gampang je...deb tu kata dia merosakkan orang melayu...apa sangat dengan dasar2 lain...


budakteranung

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS