DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, June 26, 2011

SePATRIOT manakah 'BOSS' Pemuda UMNO yang nak gunakan ISTILAH tersebut pada 9 Julai nanti?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

US adalah antara negara yang menyalahgunakan istilah PATRIOT.. Semasa pemerintahan rejim Bush Sr., peluru berpandu PATRIOT digunakan sebagai senjata peperangan US.. Apabila anaknya Bush Jr. pulak memerintah, 'PATRIOT ACT' diperKENALkan sebagai satu akta yang seakan-akan ISA bertujuan KONONnya untuk menahan suspek pengGANAS tetapi AKHIRnya ia menjurus kepada subjudis terhadap umat ISLAM di sana.. Itu BUKTI bagaimana mereka menyalahgunakan istilah PATRIOT.. Di negara ini, adalah pulak beberapa orang dalam Pemuda UMNO nak memandai-mandailah pulak nak mengGUNAkan perkataan tersebut..

Nampaknya Pemuda UMNO pulak makin melalut untuk berHIMPUN pada 9 Julai ini bagi 'COUNTER' perHIMPUNan BERSIH 2.0 dan Gerak Aman PERKASA.. Kali ini Pemuda UMNO mengGUNAkan istilah PATRIOT sebagai slogan kumpulan mereka untuk tujuan tersebut.. ->KLIK<-

Kita tak KISAHlah nak gunakan apa ISTILAH pun.. Cumanya kita PELIK tidakkah Pemuda UMNO berasa JANGGAL untuk mengGUNAkan istilah tersebut kerana tahap PATRIOTik 'BOSS' mereka pun boleh dipertikaikan? Bukan apa, seseorang yang tak pun LAHIR di negara ini, tak berSEKOLAH atau mendapat penDIDIKan di negara ini dan sering mempertikaikan jasa-jasa para PM terDAHULU (Kecuali Pak Mertuanya) seperti DEB sebegitu mudah boleh dianggap sebagai PATRIOT?

Makna perkatan PATRIOT ialah orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya.. Setakat ini kita inginlah TAHU sehebat mana 'BOSS' Pemuda UMNO ini dalam soal memperTAHANkan negara? Semasa segelintir rakyat Indonesia BAKAR Jalur Gemilang dahulu, di manakah dia? Semasa ada puak-puak RASIS cuba mempertikaikan Perlembagaan Negara seperti hak-hak kaum Melayu/BUMIPUTERA, kedudukan YDP Agong dan KeSULTANan Melayu serta kedudukan ISLAM, di manakah gerangan 'BOSS' Pemuda UMNO ini? Adakah dengan menyertai badan-badan berUNIFORM untuk tujuan PUBLISTI boleh diKATAkan dia PATRIOT sedangkan ada beribu orang lagi yang jauh lebih lama berkecimpung tanpa diBERIkan PUBLISTI sepertinya?

Kita diFAHAMkan Penasihat PKR sering memBURUK-BURUKkan negara kita semasa dia ke luar negara.. Baiklah, kita ingin TANYA kepada Pemuda UMNO siapakah gerangan yang GATAL dok jadi pembawa PASSPORT kepada Penasihat PKR di rumahnya semasa dia diBEBASkan kalau bukan 'BOSS' kamu ini? Selain itu, adakah keSALAHan POLITIK WANG 'BOSS' kamu semasa pemilihan parti 2009 BUKTI betapa PATRIOTiknya dia? Tahukah Pemuda UMNO bahawa perHIMPUNan BERSIH yang pertama dahulu berlaku antaranya kerana RAKYAT meluat dengan keGIATan 'BOSS' kamu bersama-sama GENG 'Level 4 BOYS'nya dalam urusan penTADBIRan negara? Kalau ini semua diKATAkan PATRIOT, rasanya ramai ahli Pemuda UMNO patut mandi BUNGA kasi buang SIAL!

Untuk REKOD, Pemuda UMNO mula tergerak HATI untuk berHIMPUN pada 9 Julai ini setelah PERKASA terlebih dahulu mengambil INISIATIF melakukannya.. Dengan kata lain, kot mana sekali pun Pemuda UMNO adalah terkeBELAKANG dalam soal ini.. Jadik, tidakkah PERKASA lebih PATRIOT berbanding Pemuda UMNO dan tentu sekali 'BOSS'nya ini? Malah, PERKASA dan NGO-NGO Melayu lebih 'SERASI' untuk bergerak menentang BERSIH 2.0 berbanding Pemuda UMNO kerana mereka adalah NGO dan pertembungan Gerak Aman dengan BERSIH 2.0 adalah pertembungan sesama NGO yang pro dan kontra dengan kerajaan.. Pemuda UMNO pulak dah tentunya bukan NGO sebaliknya sayap parti POLITIK.. Jadik, kot mana pun pengLIBATan Pemuda UMNO pada 9 Julai ini, ianya akan diLIHAT sebagai campur tangan POLITIK.. Kot ini memang OBJEKTIF tersembunyi 'BOSS' Pemuda UMNO terhadap DS Najib?

Rakyat akan meLIHAT banyak LAKONan dan penipuan yang akan muncul sehingga tarikh 9 Julai ini.. Selepas Peguam BETINA India yang menjadi Pengerusi BERSIH 2.0 menerima SMS ugutan, tak pasal-pasal 'BOSS' Pemuda UMNO pulak menDAKWA dia pun menerima SMS yang sama.. ->KLIK<-

Apa pun, tak payahlah dok BINGAI sangat.. Siapalah nak letak 'BOUNTY' kat kepala dia yang memang satu Malaysia MELUAT? Setakat nak CIPLAK atau 'HIJACK' helah orang lain, tak PAYAHlah nak meMALUkan diri sendiri.. Orang pergi ke Gaza, dia pun 'HIJACK' idea orang nak pergi Gaza jugak.. Sekaligus pengLIBATan dia dilihat meMALUkan dan meRENDAH-RENDAHkan sumbangan sukarelawan kita yang turut sama menyaksikan TRAGEDI Mavi Marmara dan Rachel Corie walaupun semua MAKLUM penghantaran FLOTILA itu sumbangan besar Tun Mahathir dan DS Najib.. Ye la.. Dia mana ada IDEA sendiri untuk menyumbang demi NEGARA sedangkan sebelum ini Langkawi International Dialogue (LID) pun diKRITIKnya menerusi TWITTER?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS