DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, June 06, 2011

Pemilihan beberapa pemimpin 'PAK LAWAK' oleh PAS adalah INDIKASI bahawa UMNO perlu adakan pemilihan parti jugak..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS disandang oleh golongan yang boleh dikatakan 'Pak Lawak', tetapi UMNO jugak seharusnya melihat sebagai satu bentu INDIKASI bahawa UMNO jugak perlu mengubah-suai kepimpinan sedia ada.. Adalah BODOH jika UMNO beranggapan bahawa parti itu akan MENANG mudah menentang PAS semasa PRU-13 nanti.. Sebaliknya, UMNO harus sedar bahawa penentangan yang akan dihadapi mereka nanti JAUH lebih dahsyat dan boleh diKIRA putus terus hubungan seBANGSA atau seAGAMA dengan PAS pada PRU-13 nanti.. UMNO harus sedar bahawa perLANTIKkan para 'Pak Lawak' PAS ini bukan lagi untuk memperJUANGkan ISLAM, Hudud dan sebagainya, sebaliknya mereka 100% bertekad untuk JATUHkan UMNO..

Asalkan UMNO tumbang, para 'Pak Lawak' PAS ini sanggup buang segala HUBUNGan sedarah, sebangsa dan seagama.. Objektif mereka hanyalah KUASA, KUASA dan KUASA.. Untuk itu, keBOLEHan mereka yang petah 'berMAIN air LIUR' di pentas CERAMAH atau mimbar masjid akan diGUNAkan untuk mengHANCURkan kePERCAYAan rakyat terhadap UMNO.. Jangan terkejut kalau para 'Pak Lawak' PAS ini akan berhempas-pulas memutarkan BELITkan FAKTA hinggakan orang yang 'menJUBOR' dan berZINA dengan amoi Cina pun mereka akan BENARkan dalam ISLAM! Malah, bukan MUSTAHIL mereka jugak akan cuba mengHASUT RAKYAT dan memFITNAH kerajaan agar senario POLITIK negara menjadi kacau-bilau seperti di Thailand, Mesir atau Syria.. Jadik, adakah UMNO berSEDIA untuk menangkis keadaan sedemikian?

UMNO tidak sedar bahawa keBOLEHan para 'Pak Lawak' ini untuk mengHASUT, berBOHONG dan memBURUK-BURUKkan kerajaan dan UMNO adalah di luar KOTAK pemikiran mereka.. Walaupun mereka mungkin tidak sePANDAI atau ada keLULUSan akademik yang TINGGI samada dari Oxford atau Cambridge seperti keBANYAKkan pemimpin UMNO, namun BAKAT semulajadi seperti pandai KELENTONG, pandai putar-BELITkan fakta dan petah 'berMAIN air LIUR' adalah keBOLEHan yang tidak boleh dipandang REMEH.. Pemimpin UMNO kalau keLULUSan akademik tinggi meLANGIT tapi cuma mampu cakap pasal 'NEW POLITICS' depan budak-budak, 'CONFIRM' jadi LAUK diorang nih.. Tambah pulak kalau yang memang RAKYAT tahu jenis pengamal POLITIK WANG, lagi lah RAKYAT tak pandang walaupun mengaku diri sebagai PROFESIONAL pun! Sebab tu lah Mat Sabu pun tak MALU mengaku dirinya sebagai PROFESIONAL walaupun dia entah LULUS dari U ke tidak! KAH!KAH!KAH! ->KLIK<-

Secara terus-terang, kita RASAkan bahawa UMNO jugak patut adakan pemilihan parti seCEPAT mungkin sebelum PRU-13.. RAKYAT nyata tidak YAKIN dengan kePIMPINan UMNO sekarang khususnya dalam Pemuda UMNO.. Malah, perangai beberapa pemimpin UMNO yang sering tidak selari dengan kePIMPINan DS Najib dan TS Muhyiddin banyak meROSAKkan imej UMNO dan jugak kerajaan.. RAKYAT sekarang meLIHAT kepimpinan baru PAS tidak se'BERSIH' kepimpinan ULAMA sebelum ini yang pada anggapan mereka berLANDASkan ilmu, ISLAM dan masyarakat.. Namun, RAKYAT jugak NAMPAK bahawa UMNO masih lagi menyimpan pemimpin-pemimpin yang perangainya menJIJIKkan, bergelumang dengan POLITIK WANG, gila 'GLAMOUR' dan memperBODOHkan RAKYAT.. Walaupun kepimpinan baru PAS nampak TERUK dan RAKYAT mungkin menolak PAS kerana JIJIK dengan kePIMPINan baru mereka tetapi RAKYAT jugak belum tentu pilih UMNO pasal tak nampak UMNO lebih BAIK.. Kiranya macam kita BANDINGkan mana lebih BUSUK antara telur TEMBELANG atau baju KOTOR yang diRENDAM dalam air selama 1 bulan!

Jika RAKYAT terpaksa meLAKUkan perBANDINGan seperti yang diNYATAkan, antara yang menjadi 'GUIDELINE' kepada mereka dah tentulah kePETAHan berCAKAP atau keMAMPUan para pemimpin itu menarik penDENGAR.. Antara UMNO dan PAS, rasanya budak KECIK pun tahu siapa yang ada keLEBIHan sedemikian.. Tambah pulak kalau UMNO dan PAS masing-masing menampilkan tokoh yang menJIJIKkan sebagai IKON parti masing-masing, RAKYAT dah tentu akan lihat siapa yang paling tidak membawa MUDHARAT.. Sebab itulah kita RASA DS Najib wajar adakan pemilihan parti agar pemilihan yang menyaksikan wakil akar umbi dapat memilih dan menyingkirkan pemimpin yang banyak menyusahkan atau meMALUkan UMNO dan menJAUHkan UMNO daripada RAKYAT.. Jika UMNO berjaya memBERSIHkan parti daripada para pemimpin yang jadik LANUN dan PENYANGAK dalam parti, RAKYAT pun tidak teragak-agak lagilah untuk buat PILIHAN antara UMNO dan PAS!

SOALnya, DS Najib sendiri yang 'HOLD'kan pemilihan parti.. Jadik, ahli-ahli UMNO peringkat bawahan yang tahu SENTIMEN RAKYAT dan nak SELAMATkan UMNO daripada pemimpin yang jadik LANUN dan PENYANGAK, malangnya mereka tak dapat berBUAT demikian.. Tak HAIRANlah ada antara LANUN dan PENYANGAK ini boleh memperOLOK-OLOKkan DS Najib semasa sesi SOAL jawab secara 'ONLINE' dengan Yahoo! Malaysia baru-baru INI.. ->KLIK<-

Jika PRU-13 diadakan sekarang, maunye SEMPUT untuk UMNO menang melawan PAS.. Kalau PRK, bolehlah usung DS Najib masa berKEMPEN tetapi kalau PRU-13, larat ke DS Najib nak pusing seluruh NEGARA untuk menarik dan memujuk RAKYAT? Kalau UMNO tampilkan pemimpin yang BERSIH dan RAKYAT nampak UMNO parti yang BERSIH, DS Najib dok KEMPEN secara 'ONLINE' sambil minum kopi kat Sri Perdana, Putrajaya pun UMNO/BN boleh MENANG PRU-13.. Masa yang tinggal sebelum PRU-13 dah tak BANYAK, jadik fikir-fikirkanlah ye...

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS