DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, March 31, 2013

PEMIMPIN PAS banyak KES SEKSUAL kerana mereka ini dipilih SENDIRI oleh Pok Nik!



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Korang PERASAN tak Pok Nik 'ALAIHISSALAM' akhir-akhir ini sering menjadi IKON JENAKA di NEGARA ini? Kita sebenarnya KESIAN kat Pok Nik.. Bukan apa, Pok Nik ni patutnya dah mengurangkan AKTIVITI keDUNIAan dan BANYAKkan MINTAK MAAF dengan orang bila UMUR dah SENJA nih.. Namun, Pok Nik nih masih di'CANDU'kan oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS dengan segala macam PUJIan berBAUR keTAKSUBan semata-mata kerana mahu KEKAL berKUASA di Kelantan.. NAMPAK sangat dah Pok Nik nih dah tak MAMPU untuk berFIKIR secara WARAS.. Itu la, patut bawak dia pergi 'SCAN' OTAK kat HUSM!

Semasa meRASMIkan MAJLIS pecah TANAH yang entah ke BERAPA kali untuk pemBINAan STADIUM Bukit MERBAU di Pasir Puteh, Pok Nik menyatakan dia tetap MAHUkan YB DUN Selising sekarang mengekalkan JAWATANnya.. Walaupun Pok Nik TAHU YB ini diKAITkan dengan KES SEKSUAL dalam TREN KTMB, NAMPAKnya Pok Nik dah tak TAHU nak buat KEPUTUSAN yang WARAS..

"Kalau dia (Saipul) bersalah, kenapa tidak bawa dia ke mahkamah? Benda tiada apa-apa, tapi ada pihak memperbesarkannya. Jangan harap dosa orang memfitnah diampunkan ALLAH selagi (mereka yang membuat fitnah itu) tidak minta maaf kepada Saipul,"


HE!HE!HE! SAYANG benar Pok Nik kat YB PAS DUN Selising ini ye? Agaknya hari-hari dia ke RUMAH Pok Nik untuk tolong MANDIkan Pok Nik gamaknya? Pok Nik perSOALkan kenapa orang yang menuduh tuh tak BAWAK KES SEKSUAL ini ke MAHKAMAH.. Yang PELIKnya, kenapa pulak YB keSAYANGan Pok Nik itu jugak TIDAK menDAKWA orang yang menuduhnya itu ke MAHKAMAH? Buat ajelah macam MANUSIA Anugerah TUHAN yang di'SUCI'kan oleh Pok Nik dalam PKR tuh? Atau SAMAN ajelah macam yang diLAKUkan oleh salah seorang EXCO Pok Nik yang sering meMALUkan Pok Nik dengan PROJEK-PROJEK tak jadinya?

"Dia (penulis surat layang itu) tak tulis nama pada surat itu supaya orang tidak tahu, tapi dia lupa malaikat tahu. Kita letak Saipul lagi di Selising; ajar pemfitnah. Kita pakat sokong Saipul," ->KLIK<-

HE!HE!HE! Pok Nik LUPA bahawa ada yang lebih berKUASA dari mana-mana MALAIKAT pun.. Jadik, tok sahlah Pok Nik tuh PERASAN macam dia boleh berINTERAKSI dengan MALAIKAT ala-ala NABI pulak.. Lebih BAIK buat kenyataan yang meLAMBANGkan diri kita tuh MANUSIA biasa aje.. Orang yang menDAKWA menyaksikan KES SEKSUAL YB keSAYANGan Pok Nik itu dah pun meLAKUkan perkara seperti di bawah ini pada TAHUN 2010 lagi.. YB tuh pulak?


HE!HE!HE! Pok Nik jangan SIBUK nak 'MengAJAR' orang aje.. Silap-silap Pok Nik sekali dengan YB keSAYANGan Pok Nik nih kena 'AJAR dengan RAKYAT.. ->KLIK<-



Pok Nik INGAT MAJORITI di DUN Selising sekitar 783 UNDI pada PRU-12 lalu BESAR sangat ke? Bila berCAKAP tuh cuba-cubalah TENGOK keliling sikit.. Barulah orang tak jadikkan Pok Nik nih bahan GELAK KETAWA! KAH!KAH!KAH!

Pok Nik boleh nak TABALkan hatta batang POKOK sekalipun sebagai CALON PAS pada PRU-13 nanti.. Namun, RAKYAT jugak dapat meNILAI tahap keCERGASan OTAK Pok Nik jika dia berBUAT demikian.. Rasanya dah tak LARAT dah nak diBERITAHU kat Pok Nik nih jangan dok ANGKUH ala-ala FIRAUN sangat.. SeANGKUH-ANGKUH FIRUAN pun dia mampu BINA PIRAMID.. Pok Nik tuh nak BINA MASJID pun tak mampu? Takat KOREK TANAH aje! Karang JENUH pulak nak berLAKON 'ZUHUD' untuk meNAIKkan kembali tahap keTAKSUBan Lebai-Lebai DUNGU PAS demi meng'COVER' keANGKUHan yang diTUNJUKkan.. 

Bukan PELIK jika MUSUH POLITIK Pok Nik iaitu UMNO/BN menDEDAHkan KES SEKSUAL sebegini jika mereka dapat TAHU.. Ye la.. ISLAM sendiri suruh TOLAK mana-mana PEMIMPIN yang ada MASALAH begini? Kalau Pok Nik KATA lain daripada ajaran ISLAM, takkanlah umat ISLAM nak ikut CAKAP Pok Nik lagi? Yang PELIKnya tuh, kalau dah TAHU PEMIMPIN tuh ada MASALAH sebegini, kenapa nak diCALONkan lagi? Dah takde orang lain ke? Tengok UMNO/BN? Kak Ijat KETUA Wanita UMNO pun walaupun tak berSALAH tapi RELA tak diCALONkan? Begitu jugak dengan DS Khir Toyo dan RAMAI lagi? BUTA ke?

Wallahualam..   

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS