DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, May 02, 2013

KLIP video ini antara PETANDA keMUSNAHan ISLAM di NEGARA ini yang dibawakkan oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum ini kita dah pernah TULIS pasal WUJUDnya agenda KRISTIANISASI di NEGARA ini yang diKATAkan berKUMANDANG hingga ke Jerusalem.. ->KLIK<-

Apa yang kita TULIS pada tarikh 7/12/2012 adalah dengan meRUJUK kepada BLOG USTAZ Amin.. Di dalam BLOG tersebut,  USTAZ Amin menulis sendiri tentang pengalamannya di Jerusalem yang menyaksikan seGEROMBOLan penZIARAH bukan ISLAM di Malaysia telah membawa DEKRI ini,


"We decree and declare that Malaysia will be a "Rainbow Nation" in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..->KLIK<-

Hari ini semasa memBACA beberapa BLOG, kita terJUMPA pulak penDEDAHan seperti KLIP video berikut.. NAMPAKnya, jelas sekali apa yang dialami oleh USTAZ Amin itu sememangnya benar-benar berlaku.. Dalam KONTEKS yang diNYATAkan, apakah umat ISLAM di NEGARA ini masih lagi mengHARAPkan KONONnya Lebai-Lebai DUNGU PAS itu mampu memPERTAHANkan ISLAM ini?

Kita RASAlah, MINIT yang paling menarik dalam KLIP video tersebut ialah pada MINIT ke 9:00 'ONWARD'.. Bab di mana seorang perempuan NEGRO menyanyi LAGU entah apa-apa sebelum berSYARAH pasal 'ENLIGHTMENT' apa ke BENDA.. TIDAKkah apa yang diPAPARkan dalam KLIP video tersebut menepati apa yang diSEBUTkan oleh USTAZ Amin di dalam BLOGnya? TIDAKkah benar bahawa memang WUJUDnya gerakan KRISTIANISASI di NEGARA ini yang di DALANGi oleh PARTI-PARTI POLITIK tertentu untuk mengUBAH keDUDUKan ISLAM yang menjadi AGAMA Persekutuan di NEGARA ini? Apakah kita hanya melihat sahaja?

Selain itu, kenapakah KLIP video ini seolah-olah semacam KHUTBAH yang mengaitkan unsur keAGAMAan KRISTIAN dengan PRU-13? Apa kaitannya PRU-13 ini dengan mereka yang MERAPU dalam KLIP video ini di Jerusalem? Anda TAHU ke kenapa mereka ini hendak sangat 'MENYIBUK' dalam urusan PRU-13 di sebuah NEGARA yang bukan sahaja TIDAK ada hubungan DIPLOMATIK, malah JARAKnya jugak beRIBU-RIBU kilometer? Sudah tentu mereka dalam KLIP video ini TIDAK akan MERAPU sebegini jika TIDAK ada pihak di dalam NEGARA ini sendiri yang terHEGEH-HEGEH meRAYU dan menagih SIMPATI mereka..

JUMLAH umat Melayu/ISLAM di NEGARA ini sekitar 65% daripada 28 JUTA penduduk.. Dari segi ANGKA, jelas sekali keDUDUKan umat Melayu/ISLAM ini TIDAK akan dapat diGUGAT.. Namun demikian, jika umat Melayu/ISLAM ini berPECAH belah kerana FAHAMan POLITIK, ianya bukanlah sesuatu yang MUSTAHIL.. Bayangkan jika sesama umat Melayu/ISLAM terpaksa berGANTUNG kepada golongan KRISTIAN Evangelist ini untuk keKUATan POLITIK mereka? Inilah yang berlaku apabila Lebai-Lebai DUNGU PAS berSEKONGKOL dengan DAP La'anatullah dan PKR yang mempunyai RAMAI pengikut KRISTIAN sebegini!


PenDEDAHan KLIP video sebegini semasa PRU-13 seHARUSnya memBUKA MATA bahawa ANCAMAN terhadap AGAMA ISLAM telah pun WUJUD oleh puak-puak PR ini.. KePIMPINan PR terlalu LEMAH hinggakan terpaksa menjadi LEMBU diCUCUK hidung kepada golongan KRISTIAN Evangelist ini mungkin untuk menDAPATkan DANA bagi KEMPEN PRU-13.. Umat Melayu/ISLAM di dalam PR jugak TIDAK boleh berGANTUNG harap kepada Lebai-Lebai DUNGU PAS yang pada ASALnya mereka ini SPESIS yang TIDAK diajar tentang ASAS ISLAM oleh MAK BAPAK masing-masing.. Anda pun TAHU PARTI manakah yang sentiasa meJAGA keDUDUKan AGAMA ISLAM di NEGARA dalam PERLEMBAGAAN sejak MERDEKA!

Wallahualam.. 

2 comments:

Anonymous said...

Wehhhh...kenapa lebai-lebai tu dok buat isyarat tangan macam tu?

Tu simbol Kristian tu, apa cerita?

Pencacai PAS ada sini tak?Harap ada penerangan...

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PeNCACAI sibuk menSUCIkan diri dengan SOLAT HAJAT 'Super IMPOSE' semalam..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS