DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, May 18, 2013

DUA CONTOH keTEGASan MB BARU Kedah yang patut diCONTOHi oleh para PEMIMPIN UMNO/BN yang lain..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada DUA keTEGASan MB BARU Kedah yang WAJAR kita PUJI pada KALI ini.. KeTEGASan yang PERTAMA ialah apabila MB Kedah DATUK Mukhriz mengHENTIkan AKTIVITI pemBALAKan dan meLAKUkan KAJIAN semula bagi mengetahui KESAN AKTIVITI itu kepada ALAM sekitar.. Menurutnya,

"Sekiranya ada sebarang aduan yang berasaskan bukti menyatakan bahawa syarat-syarat tersebut walaupun sedikit yang tidak dipatuhi, saya tidak akan teragak-agak mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan segera. Saya nak semak semula konsesi-konsesi ini. Kita bukan nak kacau rezeki orang. Saya nak pastikan kepentingan rakyat sentiasa kita dahulukan.


Pada masa hadapan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi pembalakan lagi...saya ingat dah cukup. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah. Bagi saya pokok yang tegak berdiri lebih besar nilainya daripada pokok yang ditebang. Ada potensi dan peluang untuk industri pelancongan dan sebagainya," ->KLIK<-


Ya.. BETUL! Itulah sepatutnya seorang MB LAKUkan terhadap NEGERInya.. Mencari SUMBER BARU untuk diTEROKAi dan memBERIkan peKERJAan kepada RAKYATnya.. Bukannya mengGONDOLkan KHAZANAH alam semulajadi yang sudah tentu TIDAK akan dapat diGANTI lagi.. OTAK singkat kePIMPINan PAS yang suka mencari SUMBER penDAPATan dengan cara MUDAH sepatutnya diHENTIkan dan sepatutnya mereka diAJAR untuk mencari REZEKI dengan cara yang lebih diBERKATi.. RAKYAT Kedah mengHARAPkan DATUK Mukhriz mampu menarik dan mencari PELABUR dan SUMBER pendapatan BARU di sana..


KeTEGASan KEDUA yang diperLIHATkan oleh DATUK Mukhriz ialah berKENAan SOAL untuk TIDAK memBENARkan lagi STADIUM di Kedah diGUNAkan untuk perHIMPUNan puak-puak PR.. NEGARA BARU sahaja selesai mengadakan PRU-13 dan RAKYAT sudah pun menyaksikan siapa peMENANGnya.. Jadik, untuk apa lagi diADAkan perHIMPUNan sebegini melainkan berTUJUAN untuk menyemaikan keBENCIan?

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima. Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas,


Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," ->KLIK<-


DEMOKRASI bukanlah untuk mengHALALkan AKTIVITI menyemaikan SIFAT keBENCIan.. DEMOKRASI ialah untuk memilih kePIMPINan terBAIK bagi menerajui sebuah NEGARA.. RAKYAT sudah memBERIkan AMANAH mereka kepada UMNO/BN untuk KEKAL menerajui NEGARA walaupun KAUM 'AH-Beng' terlalu GILAkan KUASA dan berANGGAPan mereka boleh MENIPU MAJORITI RAKYAT seperti mana mereka MENIPU di dalam perNIAGAan! DATUK Mukhriz perlu menDIDIK RAKYAT agar PERCAYA bahawa DEMOKRASI berTUJUAN untuk saling mengHORMATi antara pihak MAJORITI dan MINORITI bukan sebaliknya!

STADIUM diBINA oleh kerajaan untuk AKTIVITI keSUKANan dan SOSIAL bagi TUJUAN meLAHIRkan semangat perPADUan.. Hari ini bukan sahaja STADIUM, malah MASJID dan SURAU pun telah dijadikkan sebagai kawasan untuk menyemaikan keBENCIan walaupun sesama UMAT ISLAM! Oleh itu, TINDAKAN DATUK Mukhriz amatlah TEPAT bagi mengHENTIkan SIFAT keBENCIan ini daripada terus menJANGKITi dan meMUSNAHkan UMAT Melayu/ISLAM dalam segala ASPEK keHIDUPan.. Nak TUNGGU MENTERI Belia dan Sukan tuh berTINDAK sebegini, jangan HARAPlah.. Dia masih dok SYOK sendiri lagi tuh..

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Syabas YAB.

Anda mungkin bukan ayahanda anda,tapi anda punyai peluang cukup mudah untuk mendapat ilmu darinya.
Jangan siakan peluang. Even negara luar inginkan buah fikiran ayahanda sbg penasihat ekonomi tapi ditolak kerana lebih sayangkan Malaysia.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam DAP La'anatullah, ada ANAK dan BAPAK naik SERENTAK dalam POLITIK, dua-dua tak TAHU apa yang diSUMBANGkan kepada NEGARA..

Dalam PKR pun ada ANAK dan BAPAK dan MAK dan 'MADU' naik serentak dalam POLITIK, akhirnya saling TUTUP menutup SKANDAL sesama ANAK-berANAK..

Dalam PAS pun ada ANAK dan BAPAK tapi BAPAKnya dah terlalu LAMA makan GAJI BUTA hingga dah meMAKAN DIRI sendiri..

Dalam UMNO dulu ada MENANTU dan BAPAK MERTUA tetapi BAPAK MERTUA jadik KORBAN sebab keSERAKAHan MENANTU..

DATUK Mukhriz ANAK yang hanya dapat NAIK lepas BAPAK BERSARA.. Jadik, siapa lagi MULIA?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS