DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, May 15, 2013

Kenapa DS Najib perlu memBERIkan 'PERHATIAN KHUSUS' kepada KeMENTERIan BELIA dan SUKAN selepas ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KeMENTERIan BELIA dan SUKAN adalah keMENTERIan yang paling 'BASIC' untuk mana-mana PEMIMPIN yang BARU mula menyertai KABINET.. KeMENTERIan ini pada DASARnya akan diBERIkan kepada PEMIMPIN yang paling 'JUNIOR' dikalangan anggota-anggota KABINET yang lain.. Hari ini apabila DS Najib mengUMUMkan anggota KABINETnya, RAMAI sudah menJANGKA bahawa 'BOSS' Pemuda UMNO diBERIkan tempat di keMENTERIan ini.. Sebelum ini, antara PEMIMPIN yang pernah menyandang JAWATAN di keMENTERIan ini ialah DS Shabery CHIK dan DATUK Azalina OTHMAN.. Apakah 'BOSS' Pemuda UMNO lebih BAIK dari mereka ini?

Sebenarnya, kalau diKATAkan 'BOSS' Pemuda UMNO ini menDAPAT SOKONGan generasi MUDA, itu hanyalah PUBLISTI 'BerBAYAR' yang diBERIkan oleh MEDIA.. Pada kita, kalau BETULlah dia mampu menarik SOKONGan generasi MUDA, kenapakah keKALAHan UMNO/BN di Selangor pada PRU-13 keBANYAKkannya disebabkan oleh KURANGnya SOKONGan pengUNDI MUDA? Malah, SOKONGan pengUNDI MUDA di Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor pun TIDAK seHEBAT dulu? Apatah lagi kalau nak diBANDINGkan dengan SOKONGan pengUNDI MUDA di Kelantan dan Terengganu? Jadik, jangan PERASAN sangat..

Sebelum mengUMUMkan BARISAN KABINETnya, DS Najib sebenarnya telah pun memBERIkan 'HINT' tentang bagaimana SOKONGan generasi MUDA perlu diGEMBLENG.. DS Najib menyatakan perkara berikut semasa meRAIkan keJAYAan KAPTEN James ANTHONY Tan menempatkan NAMA dalam 'WORLD Guinness BOOK of RECORDs' setelah menamatkan MISI penerbangan SOLO mengelilingi DUNIA dalam tempoh 48 HARI.. Menurut DS Najib,


"Saya bangga, di usia 21 tahun Kapten James telah melakukan perkara yang membanggakan negara dan saya yakin misi itu bukan semata-mata untuk dirinya tetapi dilakukan untuk Malaysia. Sebab itu saya harap lebih ramai orang muda rasa tercabar seterusnya mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan untuk kebaikan diri dan negara," ->KLIK-


Kalau nak diBANDINGkan keJAYAan beberapa orang MUDA seperti KAPTEN James, Pandalela RINONG dan jugak Nicole DAVID di persada NEGARA, rasanya 'BOSS' Pemuda UMNO bukanlah LAYAK untuk berada dalam satu 'HALL of FAME' dengan mereka ini.. Bukan nak meREMEHkan dia tetapi itulah HAKIKATnya.. Apakah keJAYAan atau pun BAKTInya terhadap NEGARA selama ini? Pasukan BOLA 'MY-Team'? PENGERUSI PUNB? Malah, dalam PARTInya sendiri pun dia lebih terKENAL dengan keROSAKkan yang diLAKUkan menerusi POLITIK WANG? 


Mungkin terlalu AWAL dan jugak TIDAK patut untuk kita mengADILi dia sedangkan dia belum pun MASUK pejabat lagi sebagai MENTERI.. Namun, kalau nak diUKUR kepada KPInya seperti yang diNYATAkan tadi, apakah itu boleh diBANGGAkan? Apakah dia boleh berUBAH? Atau dia yang akan menyebabkan UMNO berUBAH kepada lebih BURUK? Itu kita SERAHkan kepada ahli-ahli UMNO sendiri pada pemilihan PARTI nanti.. Namun demikian, kita TIDAK berSIKAP POSITIF terhadapnya.. Kerana pada kita, TIDAK ada apa pun yang ISTIMEWA dalam dirinya? Takkanlah dalam UMNO takde LULUSan LUAR NEGARA pulak hingga MAJORITI ahli Pemuda UMNO meLIHATnya ISTIMEWA hanya kerana itu?

DS Najib jugak seHARUSnya memBERIkan lebih TUMPUan kepada keMENTERIan BELIA dan SUKAN selepas ini.. Ini kerana kita KHUATIR nanti 'PENYAKIT' PERASAN yang dibawaknya ke dalam 'Pemuda UMNO' sebelum ini akan dibawaknya pulak ke dalam keMENTERIan ini.. Bayangkan kalau generasi MUDA seluruh NEGARA bukan sahaja GAGAL memahami ASPIRASI DS Najib terhadap mereka sebaliknya CENDERUNG untuk meROSAKkan NEGARA menerusi OTAK FAHAMan LIBERAL seperti MENTERI mereka ini? Bayangkan pulak kalau OTAK generasi MUDA ini menjadi sepertinya yang TIDAK mahu berUSAHA KERAS untuk mencapai CITA-CITAnya sebaliknya hanya menaburkan 'FULUS' aje? 

Wallahualam..

6 comments:

Anonymous said...

mungkin ada perjanjian dengan Pak Lah yang tak mampu di tepis oleh Najib.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

DS Najib jugak TIDAK ada PILIHan.. Memandangkan 'BOSS' Pemuda UMNO itu diPILIH oleh Pemuda UMNO sendiri, kita pakat tengoklah pada pemilihan PARTI itu nanti..

Wallahualam..

Anonymous said...

jangan lah buat tuduhan melulu dulu..bagilah dia tunjuk prestasi dulu..rakyat boleh menilai nanti...

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

DUNGUkah anda jika apa yang diperKATAkan ini diLIAHT sebagai 'TUDUHAN MELULU'?

Wallahualam..

Anonymous said...

Saya sokong kata Tukang Dok Peghati,pemilihan UMNO akan kita tgk sapa calon ketua pemuda, kalau lebih hebat dan perwakilan tak pandang duit tentu akan dipilih ganti yg lama, so kita tgk la nanti

siti said...

Malam pemilihan PEMUDA satu masa dulu......RASUAH!RASUAH!RASUAH!............kita dapat menolak persuah.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS